Risiko Penjualan Prepaid?

Posted: 30th August 2010 by faiz sufi in Business
Tags: , , , , , ,

“Salam sejahtera faiz sufi,bagaimana dengan rebate keuntungan prepaid yang akan kita perolehi? Harapnya awak dapat memberi penjelasan yang terperinci kepada saya. Saya cuma perlukan maklumat lanjut tentang perniagaan prepaid ini sebelum involve dengan serius.

Antara yang saya perlukan seperti risiko jualan prepaid,berapa peratus keuntungan dan lain-lain hal yang berkaitan. Terima kasih”

—————————————————————————————————————————————————————

Pertanyaan dari individu yang berminat mahu menjalankan perniagaan prepaid di sekolahnya. Apa yang menarik,dia baru berumur 14 tahun dan soalan yang dikemukakan seperti orang yang sudah berbusiness 14 tahun. Pertanyaan yang matang dan tidak sesuai pada umurnya ini saya jawab seperti artikel di bawah.

Walaupun bagi saya agak hype,tetapi rasanya dia boleh faham disebabkan pertanyaannya yang membuatkan saya terpegun. Caranya berfikir bukan macam rakan-rakan sebayanya yang lain.

——————————————————————————————————————————————————————

Baiklah,seperti tajuk di atas,apakah risiko yang memungkinkan seorang penjual prepaid akan hadapi?

hotlink murah

1-Risiko Jual Topup

Sebenarnya,risiko menjual topup ini sangat besar! Hampir 90% penjual topup akan mengalami kerugian sekiranya factor risiko dibawah ini terjadi di Malaysia.

-tiada pengguna handphone di Malaysia

-semua orang beralih ke postpaid

-syarikat Maxis,Celcom,dan Digi bankrupt

-satelit yang manage tranksaksi komunikasi meletup di angkasa

Adakah anda percaya bahawa perkara di atas bakal berlaku? Sudah semestinya tidak bukan! Sebenarnya risiko penjualan topup yang berlaku adalah dari diri anda sendiri di mana anda:

-berat mulut untuk mempromosi

-mengecewakan pelanggan

-servis perkhidmatan yang rendah

digi murah

2-Berat Mulut Untuk Mempromosi

Seperti yang anda tahu,prepaid2u.com adalah platform untuk seorang pelajar mendapat keuntungan untuk setiap kali tambah nilai. Prepaid2u.com amat menggalakkan pelajar untuk mendaftarkan simcard bagi boleh menjalankan perniagaan ini di sekolah. Keuntungan jualan prepaid memang relatifnya rendah tetapi dengan pembelian berulang-ulang,maka tidak mustahil untuk mendapat cincai-cincai RM 10.

Dengan RM 10 itu sudah cukup untuk topup percuma buat diri sendiri. Lebih-lebih lagi pelajar di sekolah berasrama penuh di mana tiada kemudahan topup disediakan di koperasi. Asrama adalah lubuk wang untuk penjualan topup . Mengapa? Pelajar sekolah adalah pengguna handphone yang paling banyak menghantar sms,tambah-tambah lagi yang bercintan-cintun. Tidak percaya? Mungkin anda bersekolah menengah pada tahun 70-an,80-an,atau 90-an.

Jika anda sudah mendaftarkan simcard anda,dan secara rasmi manjadi agent ereload di sekolah anda,maka jangan berat mulut untuk mempromosi. Promosi kepada 3 orang yang ada handphone sudah cukup. Apabila 3 orang pengguna handphone tahu yang anda menjual topup,mereka akan menyebarkan hal ini kepada rakan-rakan yang lain pula. Dan akhirnya satu sekolah akan tahu siapa yang perlu dicari sekiranya kehabisan kredit.

3-Mengecewakan Pelanggan

Datang  seorang rakan/pelanggan dan meminta topup dari anda. Jawapan yang anda berikan adalah topup sudah habis. Sudah tentu dia kecewa bukan? Bagaimana sekiranya dia amat memerlukan kredit pada saat itu untuk menghubungi seseorang atas hal yang sangat penting? Bagaimana sekiranya ibunya sakit?

Itu merupakan tanggungjawab social yang perlu anda penuhi sebagai seorang penjual topup. Memberi tambah nilai untuk pengguna prepaid bagi membolehkan mereka menggunakannya atas sebarang tujuan. Maknanya jangan member alasan bahawa topup tiada disebabkan anda tidak membuat modal rolling,tidak menambah modal anda ke akaun syarikat bagi membolehkan anda menjual topup.

Keuntungan adalah diutamakan,tetapi jangan lupa dengan tanggungjawab kita sebagai seorang manusia yang perlu memenuhi beberapa tanggungjawab dalam hidup bermasyarakat.

4-Servis Perkhidmatan Yang Rendah

Jangan marah-marah pelanggan/rakan anda sekiranya dia datang kejut anda pada pukul 3 pagi untuk bergayut dengan aweknya. Sudah tentu anda marah bukan diganggu pada waktu sebegitu. Salah awak juga kerana tidak menampal notis “tiada jualan topup selepas 01.00 am”

Ragam rakan-rakan di sekolah yang pelbagai akan membuatkan anda hilang sabar. Ada yang suka berhutang,minta topup pada pukul 2,3 pagi,topup sikit-sikit dan macam-macam lagi. Anda jangan hilang sabar kerana customer is king. Anda sepatutnya meletakkan syarat bagi memudahkan anda sendiri. Beberapa syarat yang boleh diberi ialah:

*topup 3 bayarannya RM 3.50

*tiada hutang,cash on delivery

*topup selepas 01.00 am caj RM 1 dikenakan

*tiada jualan pada musim exam

*tiada jualan ketika study hours

Syarat di atas boleh diletakkan sekiranya anda seorang pelajar sekolah menengah. Err,bagaimana jika anda bukan student lagi? Universiti? Bekerja? Hmmm,sudah tentu anda boleh memikirkan sendiri apakah yang menjadi keperluan anda. Fikiran anda sudah matang berbanding pelajar sekolah menengah,jadi tidak perlu untuk dihuraikan di sini. Tepuk dada tanya fikiran.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Posted: 14th August 2010 by faiz sufi in Umum
Tags: , ,

Kini ramadhan tiba lagi. Membawa seribu erti dalam diri kita. Ada yang menanti-nantikan bulan yang mulia ini dengan penuh kesyukuran. Kerana di dalam bulan inilah terdapatnya malam lailatulqadar di mana malam ini lebih baik dari 1000 bulan.

Pada bulan ramadhan juga amalan kita akan berlipat ganda balasannya. Sembahyang sunat di bulan ramadhan bersamaan pahala 70 kali sembahyang fardhu. Tidakkah kita mahu merebut peluang ini?

Pada bulan ini juga mengajar kita erti keinsafan dalam diri masing-masing  untuk  memuhasabah kembali diri masing-masing. Pada bulan ini,mari kita menambah amalan diri untuk mempersiapkan diri di hadapan pengadilan yang Maha Kuasa kelak.

Dalam bulan ini juga,terdapatnya solat sunat terawih yang tiada ada dalam bulan yang lain. Lakukan ibadah sunat ini dengan khusyuk kerana fadhilatnya adalah cukup besar. Sembahyang pada tiap-tiap malam itu mempunyai kelebihan dan fadhilatnya yang tersendiri.Hidupkan qiammullail untuk menambah keberkatan dan rahmat Allah pada diri kita. Sekiranya sebelum ini,kita jarang untuk bangun menunaikan solat malam,ubahlah sikap untuk bulan ramadhan yang mulia ini.

Salam lebaran bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Walaupun baru berpuasa,tetapi lagu  raya berdendangan kedengaran di corong-corong  radio dan juga di pusat membeli-belah. Walaupun masih awal,tetapi suasana untuk menyambut hari  raya sudah terasa bahangnya. Para suri rumah mungkin sudah mencongak-congak mahu mendekorasi rumah dengan tema raya pilihan masing-masing  tahun ini. Anak-anak gadis mungkin juga sudah menempah baju raya untuk 1 syawal nanti.

Sempena bulan yang mulia ini,marilah kita bermaaf-maafan di antara kita dan melupakan salah silap masa lalu. Eratkan silaturahim,hulurkan tangan dan disusuli dengan kemaafan untuk menambah ukhwah dalam perhubungan kita.

ramadhan al-mubarak

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak untuk pembaca faizsufi.com.

Ingin menghias wall computer anda dengan theme bulan ramadhan? Mari download  secara percuma.

Download wallpaper bulan ramadhan di sini.Credit to http://blog.balootisme.com

Related Posts with Thumbnails